azliza's FotoPage
Home Sweet Home & Eight Is Enough
By: azliza che man

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Aug-2010 15:25 Email | Share | | Bookmark
Setahun hampir berlalu

Ya allah...cepatnya masa berlalu....pejam celik pejam celik tak sedar dah hampir setahun rumah ku ini tak dijengah....berhabuk dan bersawang....kesian dier... Ini la gara2 pindah rumah baru, rumah buruk ni tak sempat nak jenguk.

Last entry baru cakap tentang raya tetiba sekarang jumpa raya balik. cepat betul masa tu beredar. Hari ni dah hari yang ke 17 berpuasa ramadhan. Tapi persiapan raya tah apa2 lagi. Sama jer mcm tahun-tahun yang sebelumnya, memang tak ada mood nak menyambut raya semenjak kehilangan ayahbonda tercinta. Tambah lagi selama kehilangan ayah tahun 2006, aku dah tak berpeluang nak sambut raya dengan family ku sendiri.

Bukanlan terpaksa menyeberang lautan antara rumah ayah dengan rumah mertua, tapi bila dah petang ebih kurang jam 4-5 tu baru la berpeluang nak beraya dengan abang,kakak dan adik dirumah ayah. itu pun kebanyakkan nya dah hilang kerumah mertua masing-masing. Kalau dulu, walaupun emak tak ada tapi masih berpeluang beraya berselang tahun dengan rumah mertua, jadi selang setahun akan merasalah bergambar ramai-ramai dengan family sebelah ku. Tapi tahun ni merupakan tahun ke 5 gambar keluarga aku tersisih. Dari 8 beradik yang ada mungkin 6 atau 7 orang sahaja. Dan aku anak beranak merupakan keluarga yang tak berkesempatan nak mempunyai gambar keluarga.

Kak Yang pun kekadang ada malah dari Alor Setar dia boleh sampai tiada lebih awal dari aku yang cuma mengambil masa 15 minit perjalanan. Ini lah ujian dan dugaan Allah yang harus aku terima dan tempuh sepanjang perjalanan hidup menjadi yatim piatu. Anak-anak pun terasa akan kekurangan yang aku alami...tapi hanya pada aku disuarakan....Muda-mudahan Allah mendorong encik suami untuk beraya dengan keluarga disebelah ku tahun ini...... apakah mungkin??????? tapi itu cuma harapan yang aku pasti dan yakin harapan hanya tinggal harapan....

Tentu ada hikmah disebalik apa yang ku lalui ini. Ya Allah...kau kuatkan lah hati ku untuk melalui dugaan mu ini.


Tuesday, 13-Oct-2009 08:55 Email | Share | | Bookmark
KE MAKAM BONDA

KE MAKAM BONDA


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

- Usman Awang

Nukilan Usman Awang ini amat menyentuh hati serta mampu mengalirkan airmata tatkala menghayati setiap bait yang tertera. Pertama kali puisi ini menyapa deria pendengaran ialah ketika kembalinya aruah Tos Saniah kerahmatullah. Dikala itu hanya sendu dan tangis emak yang kedengaran. Suasana menjadi hening dan meruntun hiba mengiringi pemergian Tok. Betapa sayu memandang emak. Tapi kini ibarat ulang tayang filem, situasi itu berulang lagi cuma pelakon nya sahaja yang berubah. Setelah genap 14 tahun pemergian emak, hari ini ketika singgah di rumah Min Baking Project, terdapat puisi ini....Aduh.....sayunya hati menghayati puisi ini. Amat syahdu. Terngiang-ngiang di telinga ketika emak mendengar puisi ini melalui rakaman kaset dimana Usman Awang membacakan puisi ini. Seandainya mampu ingin sekali kaset itu diperdengarkan diketika ini. Sungguh amat meruntun kesedihan ini. Semuga Allah menempatkan aruah Emak Juriah Binti Saad dan Ayah Che Man bin Hussein bersama golongan orang-orang yang beriman.Aminnnnnn.

Kalau lagu Mamat dari kumpulan Exist diantara lagu yang mampu membasahkan pipi ini dengan airmata, maka puisi dari Usman Awang ini juga dapat diletakkan pada kategori yang sama.



Friday, 9-Oct-2009 07:16 Email | Share | | Bookmark
Imran keja kat Alma

Semalam 08/10/09 Imran anak Abang Lan dapat keja kat Alma. 07/10/09 dia kena interview, terus dimaklumkan next day 08/10/09 boleh start keja. Masa pi interview tu, Alhamdulilah dia selamat sampai rumah Ayah before waktu lunch. Semalam dia start keja masuk 7.30 pagi habih pukul 5.15 petang. Tapi apa yang mengejutkan dia cuma sampai kerumah jam 7.00 malam. Bila tanya dia, dia kata dia SESAT ?????? Boleh caye ker? Sekarang dah duduk jauh dari emak& ayah, so kaki lagi panjang la nak meronda & merempit. Motor dah ada.....apa lagi pucuk dicita ulam mendatang la....
Ini lah kisah anak-anak muda zaman sekarang, masa depan tak mau fikir semasak-masaknya. Runsing pulak bila tengok, sebab anak kat rumah yang 3 orang tu tak lama lagi akan habis sekolah. Ya Allah, lindungilah anak-anak ku dari perkara-perkara yang tidak mendatang kan faedah. Kau jadikanlah anak-anak ku anak-anak yang SOLEH & SOLEHAH.


Friday, 9-Oct-2009 01:42 Email | Share | | Bookmark
Puasa Enam

Hari ni dah hari yang ke 5 buat puasa enam, kiranya hari Ahad nanti dah raya la....Sayang tak boleh sambung sebaik selelsai sambut raya. Sebab Faiz bertunang raya ketiga. Jadi Puasa pun kena extend la kehari yang lapang sket. Tahun ni puasa enam buat dengan Zati. Tapi tension la hari-hari sahur sorang-sorang. Nak makan nasi pun tak patut sangat nak masak dengan seorang nak makan. Jadi terpaksa la makan roti tiap-tiap hari. Dah muak pun tengok roti tu. Tapi kalau tak makan lagi la susah kalau perut kosong . "Cik Gastrik" pun mula la nak bertandang. Kalau dulu sebelum kena gastrik, waktu sahur cuma minum dah cukup, memang tak boleh nak makan sebab dekat tekak ni rasa macam ada makanan tersangkut. Tapi bila dah dapat gastrik ni, mau atau tidak WAJIB kena sahur kalau nak puasa. Kalau tak makan alamat terburai la puasa ni. Tapi syukur Alhamdulilah, selama ada gastrik ni dah hampir 27 tahun ni belum pernah ponteng puasa Ramadhan dengan alasan ada GASTRIK. Memang Dr pun tak bagi puasa takut mudarat. Tapi Alhamdulilah....Syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin Nya, puasa bulan Ramadhan tak menjadi satu masalah

Hari ni dah pun 20 Syawal. Bererti Fauzi pun dah 19 hari hilang tanpa berita. Simpati sangat dengan isteri Fauzi si Liza. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari kejauhan hanya doa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t agar Fauzi dapat pulang kepangkuan keluarga secepat mungkin dan dalam keadaan selamat. Khabar terakhir yang diterima dari Isterinya, berita Fauzi langsung sepi, tak tahu dimana dia berada. Biarpun ada suara-suara yang menyatakan Fauzi berangkat ke Medan tapi kenapa dan mengapa tetap menjadi persoalan pokok pada keluarga yang ditinggalkan. Bagaimana Liza menghadapi masalah ini bersama anak yang masih kecil ???? Ya Allah kau kuat dan tabahkanlah hati Liza untuk menghadapi situasi ini. Kau kurniakan lah ketabahan pada Liza untuk cekal mengharungi dugaan Mu ini. Kembalikan lah Fauzi pada keluarganya dalam keadaan selamat. Sesungguhnya diketika dan saat ini hanya BERDOA pada ALLAH sahaja yang mampu kita lakukan. Segala ikhtiar dan usaha telah puas dilakukan tapi hasilnya masih mengecewakan.Sudah pasti Liza merupakan insan yang dipilih Allah untuk menerima dan menghadapi dugaan sehebat ini. Kerana Allah mengetahui Liza kuat dan tabah untuk melaluinya. Yakin lah dengan janji Allah, pasti ada sinar kebahgiaan buat Liza nanti.


Wednesday, 30-Sep-2009 13:23 Email | Share | | Bookmark
Raya dah abisssssssssssssssss

ShortBread
Samperit
Susan Eye
View all 4 photos...
Nak puasa, dah abis puasa, nak raya pun dah abis raya, tapi kalau spent banyak sangat waktu bulan puasa (yang sepatutnya dijadikan amalan bulan berjimat cermat) atau spent banyak untuk persiapan raya (langsir baru, perabut baru, barang kemas baru...................ooooooooooooooiiiiiiiiiii suma nak baru) alamat la bulan depan nanti sakit kepala. Mana taknya, kebanyakkan pejabat dah bagi advance gaji Sept pada mid september lalu. Jadi yang berbelanja tak ingat dunia tu, sekarang tentu tengah sakit kepala.....he hehehehe....Doktor pun tentu fening kefala la nak issue MC yang banyak berikutan ramai pesakit yang kena high blood pressure.

Cakap pasai raya ni, seperti yang dinyatakan pada entry yang sebelum ni, tahun ni nak buat 3-4 jenis kuih. Alhamdulillah.....berjaya gak capai hasrat tak mahu kuih tunjuk-tunjuk . Nanti kita download gambar kuih tu ok....Kalau senang nanti ada resepi kuih tu sekali. Tapi kuih tu bukan lah ciptaan diri sendiri yerrrrrrrrrrrrr....semuanya cilok dari internet gak. Tapi nak bagi credit kat encik Mat Gebu dan Cik Rinnchan tu,sebab resepi tu semua copy paste dari dia orang punya blog. Thank you bebanyak yerrrrrrrrr....Semuga Allah jua lah yang balas budi baik mereka kerana tak kedekut ilmu kat alam ciber ni....Memang semua resepi kat blog mereka menjadi. Again buat Rinn dan Mat Gebu thanks a lot for sharing the receipe.

Tapi dalam menjadi buat kuih tu ter overlooked la pulak tentang ukuran acuan kuih shortbread tu....adunan yang dibeli tu kecik jer....tapi adunan pulak untuk acuan besar, jadi bila dah siap kuih tu wowwwwwwwwwwwwwwwwww.....biasanya kuih tu nipis jer tapi yang terhasil dari keras tangan ku ini, dah jadi tinggi macam rumah flat ler pulak . Tapi kira okay lah tu.....cedap la jugak. Nanti future kalau nak buat kena hati-hati. Sekali gagal tak bererti gagal untuk selamanya chewahhhhhhhhhh bermadah la pulak. Tapi kena admit la, my mistake. Nak buat camna kan????? Tapi yang bestnya kuih shortbread ni favourite si Adam. Dia suka sangat kuih tu, sampaikan tak sempat nak agih-agihkan pada orang lain....Dah ada permintaan, bolehla buat lagi....siap nak ambil order tahun depan....bole cayer kerrrrrrrrrrrrrrrr??????


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net